My Sweet Memories

Sharing Session

Give up the past and the future.

Accept the present where you are.

Kepentingan teknologi terhadap bidang pendidikan

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia kea rah negara maju dan makmur (MDC, 2000).

Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:

i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh
mengurangkan jurang digital antara sekolah.
ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan
pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek
tersendiri.

Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungkan jalin bersama kaedah pengajaran.Guru boleh mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P.

Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspetif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan daripada segi mengguna, mengurus dan memahami ICT. Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Integrasi ICT dalam P&P akan memberi manfaat seperti berikut:

a) Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
b) Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.
c) Meningkatkan motivasi murid.
d) Membolehkan pembelajaran bersendiri ( individualise learning ).
e) Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
f) Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu
mahal diperoleh.
g) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
h) Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa.
i) Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.
j) Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimun.
k) Meningkatkan kemahiran ICT.

Bagi murid yang belajar secara konkrit, meraka akan mudah faham konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat berbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Dengan adanya integrasi ICT dalam P&P, ini bermakna murid-murid diberi peluang menggunakan semua pancaindera semasa proses pembelajaran berlaku.

Rosenberg (2001) berpendapat integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasai dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.

Berita baik untuk para pendidik

Minggu lepas, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom telah mengumunkan bahawa pengalaman berkhidmat di sekolah luar bandar dan pendalaman akan diambil kira dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat dan pemberian insentif lain termasuk tawaran biasiwa melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Cadangan ini merupakan berita baik bagi guru terutama guru yang mengajar di pendalaman, dan dipercayai akan disambut baik di kalangan guru. Pada pendapat saya, setakat ini, kerajaan telah membuat yang terbaik untuk kebajikan para pendidik dan kami harus menghargainya.