Definasi Teknologi Maklumat
Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi Maklumat (Information Technology ) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( Imformation and Communication Technology ) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas : berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah : penggunaan komputar dan perisian untuk mengubah, meyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Kepentingan Teknologi Dalam Pendidikan
Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia kea rah negara maju dan makmur (MDC, 2000).
Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:
i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.
iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.
Integrasi ICT dalam P&P
Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungkan jalin bersama kaedah pengajaran.Guru boleh mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P.
Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspetif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan daripada segi mengguna, mengurus dan memahami ICT. Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Integrasi ICT dalam P&P akan memberi manfaat seperti berikut:
Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.
Meningkatkan motivasi murid.
Membolehkan pembelajaran bersendiri ( individualise learning ).
Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal diperoleh.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa.
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.
Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimun.
Meningkatkan kemahiran ICT.
Bagi murid yang belajar secara konkrit, meraka akan mudah faham konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat berbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Dengan adanya integrasi ICT dalam P&P, ini bermakna murid-murid diberi peluang menggunakan semua pancaindera semasa proses pembelajaran berlaku.
Rosenberg (2001) berpendapat integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasai dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.
Penggunaan ICT Dalam Pengurusan Sekolah
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Pengurus sekolah tidak dapat memisahkan dirinya daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam mentadbir dan mengurus sekolah.
Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong pengurus sekolah untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik. ICT digunakan dalam mengendalikan proses dan kerja pengurusan dan pentadbiran seperti pendaftaran murid, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis.
Secara umum ICT dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat membantu pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam perancangan, pemantauan dan kawalan. Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer, maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah membantu pentadbiran sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang sesuai dan dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang berbangkit. Maklumat berkaitan murid tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata kerana mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah. Maklumat berkaitan murid termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik, penglibatan kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh diakses dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan teknologi ICT. Dulu maklumat yang disimpan di dalam fail kurang membantu dan dimanfaatkan kerana sukar dicapai. Tetapi kini dengan bantuan ICT, pengurusan sekolah dapat bekerjasama, berurusan dan membantu pihak luar seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, Mahkamah dan pihak-pihak tertentu dengan lebih mudah dan cepat apabila maklumat sentiasa dapat dikemaskinikan Guru besar sebagai pengurus sekolah perlu membuat keputusan yang adil, bijak dan menyenangkan staf dan guru-guru sekolah. Umpamanya dalam menentukan prestasi, kecemerlangan, dan peluang-peluang kenaikan pangkat, suatu rekod dan maklumat yang lengkap dan kemaskini amatlah diperlukan supaya keputusan penilaian itu tepat dan tidak diragui. Rekod-rekod sumbangan, penglibatan dan penghargaan yang diterima dan tindakan proaktif yang positif boleh diperoleh dengan mudah melalui sistem maklumat staf yang ada yang membantu pengurusan sekolah membuat keputusan yang tidak membuta tuli.
Selain itu tugas pengurusan pejabat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan, pengurusan stok, inventori, pembelian dan pelupusan barang memerlukan satu sistem yang memudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan-keputusan penting. “Sistem Sokongan Keputusan” (DSS) adalah perisian komputer yang boleh menganalisis data dan dapat memudahkan pembuatan keputusan berdasarkan output yang ditunjukkan.
Reigelath (1987) berpendapat struktur sistem pendidikan semakin rendah apabila masyarakat cepat berubah dengan teknologi tinggi yang berorientasikan maklumat. Berdasarkan kenyataaan tersebut tidak dapat tidak pengurus pendidikan memainkan peranan dan tanggungjawab penting dalam menghadapi cabaran ke arah arus perubahan keseluruhan sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. Bermula dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran, pendekatannya harus disesuaikan dengan arus perkembangan ICT terkini.
Dalam konteks ini guru bukan lagi dilihat sebagai sumber utama untuk menyampaikan maklumat tetapi lebih sebagai pemudah cara. Sebagai pengurus pendidikan sewajarnya mempastikan guru-guru mempunyai kebolehan dan kemahiran memperolehi maklumat
daripada pelbagai sumber untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya. Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap. Justeru itu pengurus sekolah seharusnya menyiapkan diri dengan kepakaran dan kelebihan dalam teknologi maklumat ini kerana kemampuan mereka itu akan memudahkan sekolah diurus dengan berkesan dan cemerlang dan boleh menghadapi perubahan-perubahan drastik dalam dunia pendidikan.
Isu dan Cabaran pengintegrasian teknologi di dalam bidang pendidikan
Infrastruktur ICT dan Komunikasi sekolah masa kini.
Untuk menjayakan pelaksanana integrasi teknoloji informasi dan komunikasi dalam P & P kemudahan-kemudah dan peralatan-peralatan ICT perlu disediakan dengan mencukupi. Pada masa kini masih ramai sekolah tidak ada kemudahan ini terutamanya di sekolah rendah jenis kebangsaan. Kerajaan telah membekalkan peruntukan yang cukup untuk sekolah kebangsaan tetapi masih ada sekolah kebangsaan yang menghadapi makmal komputer yang telah siap dibina tetapi tidak dapat digunakan. Mengikut kajaian masih terdapat 800 buah sekolah di luar bandar tidak ada bekalan lektrik. Masalah pembekalan kuasa elektrik di kawasan luar bandar perlulah diselesaikan dahulu
Pengendalian makmal komputer
Masalah-masalah mengekalkan kelancaran penggunaan makmal komputer perlu diambilberatkan. Ini termasuk pembaiki computer yang rosak, pembaruan versi sistem aplikasi peranti dan versi perisian. Selain daripada itu, kesepaduan sistem komputer dan perisian yang digunakan di sekolah dengan KPM, PPD juga perlu diambilberat. Pada kini sekolah-sekolah selalu menghadapi masalah-masalah menggabungkan data-data yang diminta oleh PPD, JPN seperti pendaftaran UPSR,Analisis Pencapaian UPSR, SSDM ( Hem ) dan Emis. Terdapat juga perisian yang dibekalkan oleh KPM tidak dapat digunakan oleh komputer sekolah.
Murid-murid yang tidak mengikut arahan semasa mengguna peralatan ICT adalah punca utama kerosakan peralatan komputer. Soal Etika dan Perundangan
Penggunaan peralatan komputer seperti perisian cetak rompak dan melayari laman web yang diharamkan merupakan isu-isu yang hangat dipertikaikan oleh orang ramai. Guru-guru yang tidak bertanggungjawab mungkin mengguna peralatan ICT ini untuk kerja peribadi sendiri atau mengguna komputer semasa bertugas. “ Komputer thief “ sengaja atau tidak sengaja dilakukan oleh mereka susah dapat dikawal. Didapti juga mereka yang mengguna komputer pejabat untuk “download” data-data seperti lagu dan wayang dari Internet. Perundangan-perundangan Internet masih didapati tidak sempurna masa kini untuk mengambil tindakan terhadap mereka . Ramai penjenayah masih mengguna kepincangan perundangan Internet untuk menjalankan perkara haram.Kebimbangan ibubapa menakuti anak-anak mereka melayari laman web lucah amat disebut-sebutkan.
Program-program Pembanguan StafProgram-program dan kursus-kursus pembangunan staf dalam ICT telah dianjurkan oleh PPD, JPN atau KPM. Guru-guru yang telah menghadiri kursus ini mungkin tidak ditugaskan dalam bidang ICT. Ini merupakan sesuatu pembaziran.
Masalah penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan
Kelengkapan Komputer
Kemudahan komputer yang sanggup dibekalkan oleh sekolah amatlah terhad. Tambahan pula, peralatan teknologi sekolah kebanyakkannya ketinggalan versi, pemprosesan mengambil masa dan lambat. Kekurangan dan ketidakkeberkesanan peralatan komputer dan mesin pencetak serta gangguan yang dihadapi oleh ‘server’ telah menyebabkan banyak masalah. Guru terpaksa bergilir-gilir menggunakannya.
Kurang Pengetahuan Penyelenggaraan Komputer
Ramai guru belum menguasai kemahiran dalam sesuatu program malahan sekadar menjalanklan kerja taip-menaip dokumen. Mereka tidak ‘scan device’ terlebih dahulu sebelum menggunakannya sehingga mengakibatkan sistem maklumat diancam virus. Ada pula guru tidak tahu cara mengguna komputer dan ‘Shut down’ sesuka hati menyebabkan kerosakan komputer. Pengetahuan penyelenggaraan yang kurang bukan sahaja membazirkan masa menunggu, malah terpaksa menanguhkan kerja-kerja yang perlu diselesaikan dengan segera.
Pengajaran dan Pembelajaran
Setiap guru dikehendaki mengajar beberapa subjek dan beberapa waktu sehari. Mereka tidak ada masa untuk menyediakan BBM atau mencari bahan yang sesuai dengan topik yang diajar. Kadang kala bahan yang dikehendaki susah diperolehi dan kemungkinan tidak dapat mendatangkan manfaat yang optimum. Pemasangan ‘laptop’ dan projektor untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah memerlukan masa dan kemahiran. Guru semakin jarang menjalankan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer kerana merasa beban dan ambil masa dalam pemasangan alat teknologi yang canggih itu.
Sikap Guru Besar, Guru ,Murid, Ibubapa dan Masyarakat Luar terhadap ICTGuru besar sendiri
Guru besar yang merupakan pengurus sekolah sepatutnya ialah orang yang pertama harus mempunyai pandangan positif terhadap penggunaan komputer dalam kerja sehari-harian .Guru besar harus terlebih dahulu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan pengalaman dalam penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah.Selain itu, konsep sekolah bestari harus diaplikasikan oleh Guru besar di sekolah agar murid-murid akan memperolehi faedah dan sekolah tidak akan ketinggalan zaman dan terus maju.
Guru-Guru
Guru merupakan pengasuh murid-murid di sekolah.Guru memainkan peranan menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seseorang guru itu haruslah mempunyai literasi komputer dan maklumat dan sentiasa bersikap mengejar pengetahuan ICT dan Maklumat yang terkini.
Murid-murid
Murid-murid merupakan bakal pemimpin negara. Oleh itu , adalah penting bagi murid merebut peluang yang ada untuk mempelajari pengetahuan ICT samada dalam. kelas komputer ataupun di rumah.
Ibubapa atau masyarakat
Untuk melengkapkan sekolah dengan kemudahan infrastruktur maklumat ,sokongan ibubapa dan pihak swasta tidak boleh diabaikan . Kita semua tahu bahawa kemampuan kerajaan adalah terhad untuk menanggung perbelajaan pengurusan ICT di semua sekolah,iaitu lebih kurang 8000 buah sekolah di seluruh negara . Oleh itu, para ibubapa seharusnya melibatkan diri secara langsung atau tidak menolong sekolah Ini termasuklah memberi sumbangan seperti kepakaran, kebendaan atau kewangan.
Kesimpulan
Pada abad ke-21 di mana masyarakat sentiasa berkembang dengan pesat. Semua warga sekolah perlu melengkapi dengan pengetahuan dan kebolehan dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor Integrasi teknologi ICT dan komunikasi dalam P & P perlu dilaksanakan secepat mungkin di sekolah. Kejayaan pelaksanaan teknologi ini adalah tergantung kepada semua warga sekolah dan pihak swasta.